Aretis (Tahap Kedua)


Pengenalan

Aretis adalah tahap kedua dalam cabaran Sucomi. Pengkarya perlu menghasilkan komik bersiri mengikut pilot mereka semasa berada di tahap Primer (Tahap 1).

Pada tahap ini, misi utama pengkarya adalah melengkapkan cerita mereka. Dalam proses pelengkapan, pengkarya akan diberikan guide oleh Editor Sucomi selagi mana pengkarya mampu untuk meneruskan cabaran.

Mampu yang dimaksudkan adalah mengikut syarat dan peraturan yang disediakan Sucomi. Jika pengkarya gagal, komik siri tersebut akan dikeluarkan dan dikira gagal. Pengkarya perlu mulakannya semula dari tahap pertama.


Syarat & Peraturan

Syarat untuk menjadi Aretis adalah lulus di tahap pertama iaitu Primer. Selepas mendapat persetujuan Editor, pengkarya akan diberikan tarikh untuk memulakan tahap seterusnya.

Peraturan Aretis mungkin mudah bagi sesetengah pengkarya namun mengikut pegalaman kami, pengkarya amatur di Malaysia tidak ramai yang mampu menghasilkan 1 bab komik setiap bulan. Oleh itu, Sucomi meringankan peraturan Aretis supaya sesuai dengan kemampuan bagi semua pengkarya.


1. Rancang Jumlah Bab

Aretis diberikan 5 pilihan:-

  1. 10 bab Disyorkan
  2. 15 bab
  3. 20 bab
  4. 25 bab
  5. 30 bab Maksima

Dalam Sucomi, kami syorkan 10 bab sahaja. Namun, Aretis boleh memilih sama ada mahu 10, 15, 20, 25 atau 30. Mengapa kami memilih nombor-nombor tersebut? Ini kerana dalam format yang Sucomi sediakan, 5 bab cukup untuk hasilkan 1 buah buku.

Oleh itu, 10 bab cukup untuk hasilkan 2 buah buku.


2. Ikut Tempoh Masa

• 3 bulan = 1 bab

Setiap 3 bulan, Aretis wajib menghasilkan sekurang-kurangnya 1 bab. Namun, ianya bukan bermaksud hanya perlu 1 bab sahaja untuk 3 bulan. Aretis boleh memilih mengikut kemampuan masing-masing. Mahu siapkan 1 bab untuk 1 bulan? Boleh sahaja! Lagi cepat, lagi bagus.

Walau bagaimanapun, Aretis akan dipanjangkan tempoh masanya pada checkpoint bab 5, 10, 15, 20, 25, 30. Checkpoint ini adalah bertujuan untuk memberikan masa rehat kepada Aretis.

• Checkpoint = 6 bulan

Sebagai contoh, Empirik telah selesai tayangan bab 5 (Checkpoint) di Sucomi. Maka Empirik akan diberikan tempoh masa selama 6 bulan untuk menyiapkan bab 6. Namun selepas tayangan bab 6, Empirik akan kembali semula dengan tempoh masa 3 bulan untuk menyiapkan bab 7.


Penamat Cabaran

Sekiranya siri telah disiapkan, Aretis ada 3 jalan untuk terbitkannya menjadi buku.

  1. Bersama Sucomi
  2. Bersama penerbit lain (selain Sucomi)
  3. Terbit sendiri

Setiap dari jalan di atas ada syarat dan kelebihannya masing-masing. Apa-apa pun, jalan ini hanya wujud sekiranya anda melepasi tahap ini. Sehingga hari ini, hanya Paradigma Guru karya Pokcik Fingernailz sahaja yang berjaya melepasi tahap Aretis.


Bagaimana? Anda cukup bersedia untuk sertai Sucomi? Jika ya, hantar komik anda sekarang!


Sertai Primer