Mengenai Kami


Sucomi adalah sebuah platform penerbitan komik di Malaysia. Pengasas Sucomi iaitu Azam Azri mewujudkannya untuk membantu pengkarya membina kerjaya mereka sebagai artis komik. Platform ini juga ditubuh untuk pengkarya amatur menaikkan nama dan mempromosikan komik mereka.


Fungsi

Selain mempromosikan karya, Sucomi boleh dijadikan tempat untuk mengumpulkan pengalaman di dalam industri. Tambahkan pembaca, tambahkan pengikut, tambahkan peminat dan menuju ke arah professional.

Kami percaya ramai pengkarya di Malaysia berbakat dalam komik namun tiada tempat untuk menyerlahkan bakat mereka. Jangan risau, Sucomi ada untuk anda!


Misi

  • Melahirkan lebih ramai artis komik tempatan yang berkualiti.
  • Mengalakkan budaya membaca komik di kalangan masyarakat.
  • Mengubah pandangan buruk masyarakat terhadap komik.
  • Membantu peningkatan industri komik di Malaysia.

Unik

Keunikan Sucomi adalah kami lebih fokus kepada pembikinan komik bersiri. Gelaran “Aretis” diberikan kepada pengkarya yang terlibat dengan siri-siri di Sucomi. Sudah menjadi tanggungjawab Sucomi untuk membantu dan membimbing Aretis dalam penerbitan karya mereka.


Tim

Sucomi digerakkan oleh satu pasukan yang ahlinya terdiri daripada pelbagai bidang namun kami berkongsi satu misi yang sama.


Soalan Lazim

Anda ada soalan? Mungkin soalan anda sudah sedia di sini.