Primer (Tahap Pertama)

primer


Pengenalan

Primer adalah tahap pertama di dalam Sucomi. Dalam tahap ini, pengkarya komik berpeluang mempersembahkan idea dan potensi komik mereka untuk disirikan di Sucomi.

Cabaran utama di tahap ini adalah pengkarya perlu menghantar komik pilot kepada Sucomi dan kami akan terus tayangkannya di laman web. Tayangan adalah umum dan komik akan dinilai oleh pembaca. Sekiranya komik mendapat sambutan yang baik, Editor Sucomi akan memilih komik tersebut dan pengkarya akan dinaikkan tahap kedua iaitu Aretis.

(Nota: Primer adalah tahap pertama manakala Aretis adalah tahap kedua.)


Syarat

Syarat bagi pengkarya untuk menyertai Primer adalah:-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan keatas
  3. Tiada dalam status kini Aretis

Peraturan

Peraturan Primer ibarat tiada peraturan langsung kerana kami berikan 3 kebebasan!

  1. Masa
  2. Tema
  3. Muka surat

1. Bebas Masa

Maksud bebas masa adalah pengkarya boleh menghantar idea komik pada bila-bila masa. Ya, maksudnya tiada deadline! Primer akan sentiasa dibuka sepanjang tahun 2017.

Pengkarya tidak lagi perlu tunggu bulan tertentu, tidak lagi perlu mengejar deadline dan tidak lagi perlu bersaing dengan pengkarya yang lain. Kini pengkarya hanya boleh fokus pada persediakan dalam menghasilan komik yang berkualiti.


2. Bebas Tema

Bertemakan bebas! Pengkarya bebas untuk memilih dan penetapkan tema pada komik masing-masing. Apa sahaja tema dibenarkan selagi mana ceritanya menarik untuk disampaikan kepada semua. Lagi manfaat, lagi kami suka.


3. Bebas Muka Surat

Dari 19 – 50 muka surat!

Berbanding acara dan cabaran yang dulu, Primer memberikan kebebasan muka surat pada pilot. Kami beri peluang untuk pengkarya menghasilkan komik mengikut jumlah muka surat yang pengkarya sendiri inginkan.


Kriteria

Komik:-

  • Bersaiz A4
  • Muka surat cerita wajib inking penuh (hitam & putih)
  • Muka surat hadapan (cover) wajib berwarna

Kandungan:-

  • Bahasa Melayu

Larangan

Kandungan:-

  • Berunsur lucah
  • Plagiat
  • Merosakkan mana-mana agama, bangsa dan negara

Cara Sertai

Ikut sahaja 4 langkah dibawah:-

1. Muatnaik komik anda di dalam Dropbox atau Google Drive.
2. Hantarkan link komik tersebut di facebook page kami menerusi PM (Private Message).
3. Isi borang pendaftaran yang diberikan dan tarikh tayangan akan ditetapkan.
4. Tunggu keputusan akhir sehingga tamat tempoh tarikh tayangan.

Nota Penting:-

  1. Tayangan Primer hanya pada hari Sabtu, jam 9 malam.
  2. Tempoh tayangan adalah 1 bulan sahaja.
  3. Komik tidak kekal di dalam website.
  4. Hakcipta adalah 100% milik pengkarya.

Anda ada soalan? Mesej sahaja kami di sini.


Zon Primer   Hantar Komik