Soalan Lazim


Kenapa membaca di Sucomi?

Sucomi memaparkan komik tempatan yang berpotensi di kalangan pengkarya amatur. Komik yang kami tayangkan bukan sekadar percuma untuk dibaca. Malah, ianya eksklusif hanya di Sucomi sahaja.

Memberi sokongan moral

  • Baca, komen dan kongsikan. Setiap komik memakan banyak masa, berhari dan berminggu untuk disiapkan. Tindakan kecil tersebut dikategorikan sebagai satu penghargaan yang besar.

Menyokong pengkarya kegemaran anda

  • Pembaca Sucomi boleh menyokong pengkarya kegemaran mereka. Berikan penghargaan pada komik pengkarya. Sokong pengkarya untuk terus maju. Bolehlah baca lebih banyak lagi komik dari mereka.

Membantu pengkarya dalam penerbitan

  • Sesiapa sahaja boleh membantu pengkarya dengan hanya membaca dan kongsikan komik mereka. Lebih popular komik tersebut, lebih besar peluang untuk diterbitkan buku.

Kenapa terbit di Sucomi?

Pengkarya adalah asas kepada Sucomi. Oleh itu, segala-galanya bermula dengan niat ingin membantu pengkarya komik tempatan.

Mudah dikenali

  • Sucomi adalah salah satu komuniti komik yang cepat berkembang di Malaysia. Di samping itu, kami mencipta laman web agar mudah untuk pengkarya dan pembaca berinteraksi sesama sendiri.

Tingkatkan populariti

  • Kami membantu pengkarya meningkatkan populariti sama ada populariti komik mahupun pengkarya sendiri. Populariti adalah sangat penting bagi pengkarya dalam membina nama.

Bersaing dengan sihat

  • Tiada yang lebih menarik apabila mempunyai saingan bersama pengkarya yang lain. Saingan yang sihat juga selalu membantu kita untuk terus maju kehadapan.

Fokus dalam membina

Kami memberi fokus kepada laman web terlebih dahulu untuk membantu pengkarya maju. Sebagai contoh, kami mempunyai:

  • Pageview – Melihat jumlah kemasukan pembaca dan pengunjung dalam profil.
  • Analytics – Graf dan carta untuk melihat prestasi komik.
  • Ruangan Komen – Pembaca boleh memberikan pendapat mereka pada setiap komik.
  • Public Chat – Ruang borak-borak untuk pembaca dan pengkarya berinteraksi.

Dan terdapat banyak lagi kelebihan yang lain.

Tidak tuntut hakcipta

  • Sucomi tidak menuntut apa-apa hakcipta kandungan dari pengkarya. Kami platform penerbitan yang hanya akan menjaga hakcipta karya anda dengan syarat-syarat tertentu.

Pasukan dari pelbagai bidang

  • Pereka Grafik / Pengaturcara / Usahawan / Penulis / Pengkarya / Blogger / Ustaz. Kami mempunyai pakar-pakar dari industri yang berbeza dengan hanya satu persamaan iaitu “Sukakan Komik!”. Kami berdedikasi dengan membina Sucomi untuk menjadi satu platform yang dicintai oleh pengkarya komik.

Kenapa komik yang ditayangkan seperti tidak siap?

  • Disebabkan ianya tayangan percuma, Sucomi hanya akan paparkan lakaran sahaja demi menghormati pengkarya yang berniat untuk membukukannya pada akan datang. Namun lakaran tersebut akan dipastikan kemas dan boleh dibaca dengan baik.

Adakah Sucomi penerbit?

Ya, kami dikategorikan sebagai penerbit komik online dan offline. Namun kami lebih mengutamakan dalam penerbitan online untuk melatih pengkarya meningkatkan populariti karya mereka sebelum mula menerbit offline.

  • Terbit Online = Tayangan di laman web.
  • Terbit Offline = Tayangan di buku.

Anda ada soalan lain?

  • Terus sahaja tanya kami di sini.